Saturday, October 30, 2010
Friday, October 29, 2010
SAUDARAKU...
Saudaraku,
Ubatilah hati yang sentiasa terhakis
Saudaraku,
Sesungguhnya, bandingan sebatang tubuh umpama sebuah kota. Akal di dalam tubuh itu seolah-olah raja yang memerintah. Kekuatan-kekuatan badan samada fizilkal mahupun rohani, adalah umpana tentera yang melindungi raja tersebut. Anggota badan adalah rakyatnya dan nafsu rakus pula merupakan musuh yang sentiasa berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang sejahtera itu.
Saudaraku,
Apabila raja tadi mengarahkan tentera untuk menghalau musuh atau memaksa mereka tunduk kepada baginda, maka amanlah kota tersebut. Tetapi sekiranya raja tadi cuai dan membiarkan musuh bermaharajela, maka lemahlah tenteranya dan terlantarlah rakyatnya.
Saudaraku,
Bandingan Oleh Imam Al-Ghazali di atas tepat sekali... tepuk dada tanyalah iman...apakah yang menguasai hati dan diri kita, akal atau nafsu? Jikakita telah dapat mempastikan dimana tampuk kekuasaan itu, maka hendaklah kita beruasaha pula meletakkannya di tempat yang sebenarnya.
Saudaraku yang dimuliakan,
Waliullah Ibrahim adam pernah menjelaskan mengapa hati kita menjadi beku. Beliau mengemukakan LAPAN sebab :
* Anda mengetahui hak ALLAH TETAPI tidak menunaikannya.
* Anda membaca Al-Quran TETAPI tidak mengamalkannya.
* Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W TETAPI meninggalkan sunnahnya.
* Anda mengetahui bahawa syaitan adalah musuh yang nyata, TETAPI anda berkomplot dengannya untuk melakukan dosa.
* Anda takutkan neraka, TETAPI sebenarnya anda sedang menghampirinya.
* Anda cintakan syurga TETAPI tidak beramal untuknya.
* Setiap kali anda bangun dari tidur, anda melihat kesilapan orang lain TETAPI memejamkan mata terhadap kesalahan sendiri.
Saudaraku yang dikasihi,
Demikianlah berkaratnya hati kita. berdoalah kita kepada Tuhan Yang Menguasai segala hati, supaya melindungi hati kita terhakis dengan lebih jauh lagi. maka itu, berusahalah untuk membiasakan diri dengan amalan yang mulia. Mudah-mudahan akan tergilaplah hati kita, bercahaya seumpana cermin, agar zahirlah kepada kita yang mana hak dan mana batil.
WALLAHU A"LAM...
* petikan majalah AR-RIDZUAN Bil 259
Mengudang Kehadiran MALAIKAT ke RUMAH...
![]() |
| eratkan hubungan tali silaturrahim sesama muslim |
![]() |
| berzikir dan membaca AL-QURAN |
![]() |
| membaca untuk menambah ilmu |
Setiap insan didunia ini menginginkan MALAIKAT singgah ke Rumahnya, tetapi situasi bagaimana MALAIKAT itu datang ke RUMAH kita???
Antara KRITERIAnya adalah :
* Rumh yang diliputi zikir kepada ALLAH yang didalamnya ada ruku' dan sujud
* Rumah yang senantiasa bersih
* Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yng jujur dan menepati janji
* Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturrahim
* Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya
* Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran
* Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu
* Rumah yang penghuninya ada isteri solehah
* Rumah yang bersih dari barang-barang haram
* Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana'ah, dermawan pemaaf yang sentiasa bersih lahir batin dan para penghininya makan tidak terlalu banyak
* petikan ini dari Majalah Ar-Ridzuan Bil 259 daripada ruangan DARI INTIM
Thursday, October 28, 2010
Anda Mahu Cemerlang???
ALLAH (SWT) berfirman: Berdoalah kepadaku, akan Aku perkenankan permintaanmu."
Disamping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tarmizi.
Doa yang rahamt diturunkan. ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab kereana senjata tidak menembusi badan.
Antara adab-adab berdoa adalah:
1. Memilih waktu yang mulia
2. Merendahkan diri kepada ALLAH(SWT) dan khusyuk
3. Bertaubat dari dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi
4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima
5. Tidak tergesa-gesa
6. hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji ALLAH(SWT) dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu
7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Mas'ud yang berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah SAW amat gemar mengulang-ulanngi doa dan istighfar tiga-tiga kali."
* Petikan ini diambil daripada Risalah PSSI 05 Julai 2010 untuk tatapan semua dan juga diri ini...
/*selamat beramal semua*/
Subscribe to:
Posts (Atom)






