Thursday, October 28, 2010

Anda Mahu Cemerlang???


DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir); ayat 60 :-
ALLAH (SWT) berfirman: Berdoalah kepadaku, akan Aku perkenankan permintaanmu."

Disamping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tarmizi.

Doa yang rahamt diturunkan. ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab kereana senjata tidak menembusi badan.

Antara adab-adab berdoa adalah:

1. Memilih waktu yang mulia
2. Merendahkan diri kepada ALLAH(SWT) dan khusyuk
3. Bertaubat dari dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi
4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima
5. Tidak tergesa-gesa
6. hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji ALLAH(SWT) dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu
7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Mas'ud yang berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah SAW amat gemar mengulang-ulanngi doa dan istighfar tiga-tiga kali."

* Petikan ini diambil daripada Risalah PSSI 05 Julai 2010 untuk tatapan semua dan juga diri ini...
/*selamat beramal semua*/