Thursday, February 3, 2011

 TIP AGAR DI SUKAI RAMAI (start 4 step)

PELAJARI CARANYA...
Cara komunikasi kita dengan orang lain boleh memperanguhi keadaan sama ada kita bakal disukai atau sebaliknya. bagaimana membuat orang lain suka kepada kita?


1.Kita sendiri mesti bersikap ringan tulang; suka menolong orang lain.
Biasanya orang yang pernah menerima pertolongan kita pasti akan menyukai kita. Dia akan mengingati setiap pertolongan kita dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap kita. Membina kepercayaan adalah antara perkara penting untuk menjadikan diri disukai orang lain, terutamanya dalam menjalankan tugas di pejabat.


2.Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik.
Gambarkan sikap itu dalm komunikasi kita. Tidak sesiapa yang tidak menyukai sifat yang baik begitu. tetapi jangan pula bersandiwara atau 'berdrama', sebab apabila orang lain tahu kita hanya berlakon orang pasti akan membenci kita seumur hidup.


3.Kurangkan berlagak pandai dan banyak cakap.
Terlalu pandai dan terlalu banyak cakap memungkinkan kita banyak melakukan kesilapan. Sikap begini tidak disukai orang lain.


4.Cubalah belajar banyak mendengar berbanding bercakap.
Pikat hati orang lain dengan memberi peluang untuk bercakap. Sememangnya sikap manusia suka 'mendengar suara sendiri' dan suka kepada yang orang membenarkan dia mendengar suaranya sendiri.