Friday, October 29, 2010

SAUDARAKU...


Saudaraku,

Ubatilah hati yang sentiasa terhakis

Saudaraku,
Sesungguhnya, bandingan sebatang tubuh umpama sebuah kota. Akal di dalam tubuh itu seolah-olah raja yang memerintah. Kekuatan-kekuatan badan samada fizilkal mahupun rohani, adalah umpana tentera yang melindungi raja tersebut. Anggota badan adalah rakyatnya dan nafsu rakus pula merupakan musuh yang sentiasa berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang sejahtera itu.

Saudaraku,
Apabila raja tadi mengarahkan tentera untuk menghalau musuh atau memaksa mereka tunduk kepada baginda, maka amanlah kota tersebut. Tetapi sekiranya raja tadi cuai dan membiarkan musuh bermaharajela, maka lemahlah tenteranya dan terlantarlah rakyatnya.

Saudaraku,
Bandingan Oleh Imam Al-Ghazali di atas tepat sekali... tepuk dada tanyalah iman...apakah yang menguasai hati dan diri kita, akal atau nafsu? Jikakita telah dapat mempastikan dimana tampuk kekuasaan itu, maka hendaklah kita beruasaha pula meletakkannya di tempat yang sebenarnya.

Saudaraku yang dimuliakan,
Waliullah Ibrahim adam pernah menjelaskan mengapa hati kita menjadi beku. Beliau mengemukakan LAPAN sebab :

* Anda mengetahui hak ALLAH TETAPI tidak menunaikannya.
* Anda membaca Al-Quran TETAPI tidak mengamalkannya.
* Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W TETAPI meninggalkan sunnahnya.
* Anda mengetahui bahawa syaitan adalah musuh yang nyata, TETAPI anda berkomplot dengannya untuk melakukan dosa.
* Anda takutkan neraka, TETAPI sebenarnya anda sedang menghampirinya.
* Anda cintakan syurga TETAPI tidak beramal untuknya.
*  Setiap kali anda bangun dari tidur, anda melihat kesilapan orang lain TETAPI memejamkan mata terhadap kesalahan sendiri.

Saudaraku yang dikasihi,
Demikianlah berkaratnya hati kita. berdoalah kita kepada Tuhan Yang Menguasai segala hati, supaya melindungi hati kita terhakis dengan lebih jauh lagi. maka itu, berusahalah untuk membiasakan diri dengan amalan yang mulia. Mudah-mudahan akan tergilaplah hati kita, bercahaya seumpana cermin, agar zahirlah kepada kita yang mana hak dan mana batil.

WALLAHU A"LAM...

* petikan majalah AR-RIDZUAN Bil 259

No comments:

Post a Comment