Thursday, February 3, 2011

 TIP AGAR DI SUKAI RAMAI (start 4 step)

PELAJARI CARANYA...
Cara komunikasi kita dengan orang lain boleh memperanguhi keadaan sama ada kita bakal disukai atau sebaliknya. bagaimana membuat orang lain suka kepada kita?


1.Kita sendiri mesti bersikap ringan tulang; suka menolong orang lain.
Biasanya orang yang pernah menerima pertolongan kita pasti akan menyukai kita. Dia akan mengingati setiap pertolongan kita dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap kita. Membina kepercayaan adalah antara perkara penting untuk menjadikan diri disukai orang lain, terutamanya dalam menjalankan tugas di pejabat.


2.Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik.
Gambarkan sikap itu dalm komunikasi kita. Tidak sesiapa yang tidak menyukai sifat yang baik begitu. tetapi jangan pula bersandiwara atau 'berdrama', sebab apabila orang lain tahu kita hanya berlakon orang pasti akan membenci kita seumur hidup.


3.Kurangkan berlagak pandai dan banyak cakap.
Terlalu pandai dan terlalu banyak cakap memungkinkan kita banyak melakukan kesilapan. Sikap begini tidak disukai orang lain.


4.Cubalah belajar banyak mendengar berbanding bercakap.
Pikat hati orang lain dengan memberi peluang untuk bercakap. Sememangnya sikap manusia suka 'mendengar suara sendiri' dan suka kepada yang orang membenarkan dia mendengar suaranya sendiri.



Friday, December 17, 2010

MANA KEYAKINAN??

ya allah ujian apa yang menimpaku ini..
aku xmampu menghurunginya.sakit x terhinggan menantikan dirinya.
diri ini tidak menyalahkan mu ya illahi...
cuma diri ini bertanya knp dia yang ku rindu dan sayang..
sedangkan ada insan yg menyayangiku..
tetapi kasih dan sayang itunsemakin kurang
hilang sehingga diri teasa sunyi...

adakah masih terlalu awal itu diri ini mengetahui tentang hati ku ini..
atau diri ini selayaknya berbakti pada mu yg maha pencipta yang teragung

Tuesday, November 2, 2010

IKLAN

KHAS BUAT ANDA SEMUA.

Ini lah yang digambarkan kepada manusia yang suka mengumpat. Cuba amati. Adakah kita didalam golongan ini ?

selamat menonton semua 

Monday, November 1, 2010

RENUNGAN BERSAMA...

Firman ALLAH , Maksudnya :
"Sesungguahnya  orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabalia disebut nama ALLAH (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka."
(Q.S. Al-Anfal:2-3).

Sunday, October 31, 2010

DOA PEPERIKSAAN

Islam : Doa untuk pelajar menghadapi peperiksaan


Doa menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

* This doa copy from Robbi Nisfu Website.
* semoga ia dapat membantu anda semua